NADI Mahir Masak Intake 3 (Minggu ke-16) - Makanan Barat
29 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2026, seramai 3 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Masak pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Pada minggu ini, peserta belajar mengenai masakan barat. Obejktifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas penyediaan masakan barat, khususnya dalam aspek perapan dan penyediaan sos yang betul bagi menghasilkan hidangan yang lebih enak dan berkualiti.
Program ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada pemilihan bahan, teknik perapan yang sesuai, serta kaedah menyediakan pelbagai jenis sos sebagai pelengkap hidangan. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kemahiran memasak, meningkatkan kreativiti dalam penyediaan hidangan, serta membina keyakinan untuk menghasilkan masakan barat yang lebih menarik dan berkualiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: